Alhamdulillah... Syukur sangat2... Akhirnya tercapai jugak azam saya nak lulus ujian kereta... Dah lama sangat bertangguhnya... Sampai Cik Abang pun bising2 dah bila nak dapat lesen kereta nih....
Sebenarnya saya takut sangat2 nak bawak kereta ni... Bayangkan saya dah ambik lesen "L" kereta ujung 2010, masa tu saya tengah mengandungkan Nurul... Pastu saya stop kejap sampai bersalin dan sekarang ni Nurul pun dah 8 bulan baru saya belajar untuk lesen "P" kereta....Genap Nurul 9 bulan baru saya lulus ujian kereta.. Kiranya satahun lebih jugak la masa yang saya ambik untuk dapat lesen kereta nih. Adoiii, rasanya orang lain takda camni kot...huhuhu. Masa mengandung tu takpalah ada alasan nak bagi... Tapi bila lepas bersalin nak taknak kena ambik jugak walaupun takut....
Saya pernah tanya Cik Abang, kenapa beria2 sangat suruh saya ambik lesen kereta... Cik Abang cakap senang.. Nanti tiba2 Abang atau Nurul sakit siapa nak tolong bawak pergi hospital... perghhh ayat Cik Abang tu menikam kalbu betul.. Bukan mintak tapi bersedia ke arah tu.... Ealakan kita pun taktau apa yang akan terjadi masa hadapan..
Lagipun kerja macam saya ni mermerlukan lesen kereta... Kadang2 ada mesyuarat la, kena ambik barang dekat pejabat, ada aktiviti luar yang kena bawak budak2 tabika, nak beli barang untuk tabika la... Pendek kata lesen kereta ni penting sangat bagi saya... Cuma sebelum2 ni saya jer yang tak ambik berat.. So bila ada lesen + kereta senang sikit la kerja saya.. Takdalah nak harapkan Cik Abang dan kawan2 sangat... Bolehlah Cik Abang rehat sikit pasni...muehehhehe... (",)
SeputihSalju : Nanti saya cerita pengalaman saya semasa belajar + ujian JPJ..... hehhehhe