Thursday 27 June 2013

Cuti akibat jerebu...

Semalam kanak2 Tabika KEMAS di BD di berikan cuti.. Akibat jerebu.. Kalu ikutkan semalam takde lah teruk sangat jerebu berbanding hari sebelumnya.. Tapi dah diberikan arahan bercuti kena lah ikot kan.. Langkah berjaga2... Lagipun antibodi kanak2 tak sekuat macam kita orang dewasa nih..huhu.

Ohya, jangan pulak ingat cikgu2 cuti tau...hehehe. Cikgu2 still keja jugak.. kena datang Tabika macam biasa..huhuhu. Tapi yang bestnya bila takde budak2 nih, macam2 keja boleh buat.. muahaha. Dapat la siapkan apa2 yang patut..ekekeke.






SeputihSalju : Hari ini dah semakin kurang jerebu... Alhamdulillah...





Wednesday 26 June 2013

Praktikumku bermula.....


Assalamulaikum semua...

Dari hari isnin aritu hati saya berdebar2 je.. pantang bunyi fon laju je angkat...hahhaha.. bukan apa takut pensyarah pembimbing saya telefon bagitahu nak datang Tabika.. Ohya untuk pengetahuan semua, saya akan menjalani praktikum selama 10 minggu bermula minggu ni hingga lah lepas raya nanti. Tapi yang bagusnya saya praktikum dekat Tabika saya sendiri.. kiranya mudah sikit lah sebab dah kenal budak2... (",)

Bermulanya praktikum ni juga, waktu rehat, waktu tido saya terpaksa la dikurangkan.. ermm takpalah kan.. yang penting saya dapat tempuh semua ni jayanya dan berikan yang TERBAIK sepanjang praktikun ini berjalan... Doakan saya ye.. (^_^)







Tuesday 25 June 2013

Batuk Nurul dah makin berkurangan... Alhamdulillah

Tadi waktu saya bukak fb ternampak petua hilangkan batuk bayi dan kanak2... dok baca2 dan rasa nak kongsi petua ni dekat blog... (",). 
Sebenarnya baru2 ni Nurul demam, batuk dan selsema tau.. batuk Nurul kali ni teruk jugak. Saya bagi ubat pun tak jalan sangat.. Lagipun Nurul dah pandai buang ubat.. masuk je ubat dalam mulut, laju je dia pancut keluar ubat.. lagi susah la nak baik. Kak Yana pengasuh Nurul suruh saya cuba bagi madu dekat Nurul. So bermula lah misi mencari madu untuk budak comel nih...hehhe. 
Kami start bagi madu dekat Nurul hari jumaat lepas dan Alhamdulillah batuk Nurul dah makin kurang sekarang nih.. demam dan selsema pun dah hilang... Alhamdulillah.. Ohya petua yang lain saya tak cuba pun lagi... saya baru try bagi madu je dulu... hihihi.
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit"
 
 Nak petua : klik SINI
 
 
 

Petua HILANGKAN Batuk bagi Bayi dan Kanak- Kanak


Cara pertama : Madu asli.
Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau rasa madu tu macam pekat, boleh tambah sedikit air.

Cara kedua : Kunyit hidup atau bawang putih.

Gosok kunyit hidup kat mana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.

Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih. Caranya sama seperti guna kunyit, gosok, ambil serbuk, kemudian campurkan dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

Cara ketiga : Daun Kaduk.

Jika bayi anda batuk berkahak dan selsema, boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.

Cara keempat : Kismis.

Kalau bayi anda dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

Cara kelima : Daun Bunga Tahi Ayam.
Ambil daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemudian sapu kat tengkuk dan dada bayi
 
Sumber : Sini
 
 
 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...